31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

Mesti Baca

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, seramai 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2023 di 131 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

KPM berkata, calon-calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan,” kata kementerian dalam satu kenyataan hari ini.

Di samping itu, katanya, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui pautan http://myresultstam.moe.gov.my

Advertisements

untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan mulai 10 pagi pada 26 Mac sehingga 6 petang 1 April.

Calon juga boleh memperoleh ringkasan keputusan peperiksaan masing-masing secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Katanya, sistem tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 26 Mac sehingga pukul 6 petang pada 1 April 2024.

“KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan STAM Tahun 2023,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan