30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kerajaan tumpu siapkan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat

Ia akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk pengguna menuju ke utara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN kini memberikan tumpuan untuk menyiapkan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) daripada Banting ke Taiping yang akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk pengguna menuju ke utara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pada masa ini, laluan WCE yang telah beroperasi di Selangor adalah dari Persimpangan Bandar Bukit Raja Selatan (NNKSB) sehingga ke Persimpangan Bukit Raja Utara (Kapar).

“Manakala jajaran di Perak adalah dari Persimpangan Hutan Melintang sehingga Persimpangan Teluk Intan dan Persimpangan Lekir sehingga Persimpangan Beruas.

“Di samping itu, kerja naik taraf Jalan Persekutuan di Tanjung Karang ke Sabak Bernam dan Teluk Intan ke Lekir juga telah disiapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat dari Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas hari ini.

Kapten Azahari meminta menteri menyatakan apakah inisiatif atau alternatif penambahbaikan menambah bilangan lorong atau membina laluan ringan juga boleh membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas highway PLUS Utara – Selatan pada setiap kali hujung minggu dan terutamanya pada musim perayaan.

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau berkata, baki jajaran WCE yang masih dalam pembinaan oleh Syarikat Konsesi dijangka siap dan dibuka secara berperingkat pada awal 2024 dan keseluruhannya pada tahun 2025.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos pembinaan projek Lebuhraya WCE ini adalah berjumlah RM5.044 bilion,”katanya.

Dalam pada itu, Alexander berkata, kementerian melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa memantau keadaan lebuh raya di negara ini.

“Inisiatif-inisiatif berikut telah dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan antaranya seperti menggalakkan pengguna untuk mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui laman sesawang atau media sosial pihak LLM atau melalui aplikasi telefon pintar sebelum memulakan perjalanan bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dari masa ke semasa.

“Selain itu, bekerjasama dengan pelbagai saluran radio dan televisyen utama bagi tujuan penyaluran maklumat keadaan trafik semasa untuk kemudahan
perancangan perjalanan para pengguna.

“Malahan digalakkan penggunaan papantanda elektronik (VMS) secara konsisten untuk memberitahu pengguna mengenai keadaan semasa di lebuh raya supaya pengguna dapat merancang perjalanan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan