Tuesday, July 21, 2026

Pilih yang mampu tadbir, bukan populis – Mahdzir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAKYAT Kedah digesa memilih pemimpin yang mampu menguruskan negeri dengan baik dan efektif serta mengelakkan daripada memilih berdasarkan populariti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri yang dibentuk kelak perlu mempunyai kredibiliti dalam menjaga kebajikan rakyat dan menguruskan pembangunan ekonomi dengan baik.

“Di Kedah, terdapat majoriti Melayu tetapi terdapat juga komuniti Cina, India, dan Thai, mereka semua memerlukan ekonomi yang kukuh.

“Betul atau tidak? Sebab itu kita kena fikir, ini (pemerintahan negeri) bukan untuk watak populis, bukan mahu popular, kita nak jadi kerajaan, tak penting popular. 

Antara rakyat yang hadir pada program Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di Alor Setar, semalam. – Edisi9/Mahdzir Khalid

“Yang pentingnya boleh menguruskan negeri ini. Yang paling penting adalah bagaimana mengurus untuk rakyat dapat ekonomi yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di Alor Setar, semalam.

Dalam pada itu, Mahdzir turut menekankan bahawa kemajuan sesebuah negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau menegaskan, pertikaian yang kerap berlaku dengan pemimpin di peringkat Persekutuan akan menghalang sebarang kemajuan dalam projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Antara rakyat yang hadir pada program Ceramah Pakatan Harapan-Barisan Nasional di Alor Setar, semalam. – Edisi9/Mahdzir Khalid

“Kalau selalu cari masalah… Kita gaduh hari-hari, kita fitnah hari-hari, kita marah hari-hari, siapa mahu tolong kita?

“Padang hujungnya, (pemimpin negeri) bawa surat, sampai duduk bersama, minta juga sama Perdana Menteri. Tapi macam mana Perdana Menteri nak bagi kalau hari hari kamu maki,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahdzir menegaskan, Menteri Besar yang dipilih harus memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat. 

“Orang nak makan, bayar bil elektrik, bayar rumah, bayar kereta, beli susu untuk anak-anak. 

“Itulah perkara yang paling penting, tak perlu membincangkan perkara lain sebagai Menteri Besar, tak perlu nak cari gaduh,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan