26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Suspek lawan arus penyebab penunggang Ducati maut didakwa esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dipercayai menunggang secara melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal Ducati, 14 Jun lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang Jaya esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek yang merupakan lelaki berumur 41 tahun dari Kajang, Selangor itu sebelum ini telah dirakam keterangan ketika membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang.

“Suspek sebelum ini telah dirakam keterangan pada 16 Jun lalu selepas tampil membuat laporan polis berkaitan kejadian.

“Suspek akan dihadapkan ke hadapan Majistret Mahkamah Ampang Jaya pada Isnin, jam 8.30 pagi untuk pertuduhan,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

14 Jun lalu, seorang lelaki maut selepas tercampak dari motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya sebelum jatuh dari jambatan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang di sini.

Mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, menunggang motosikal jenis Ducati Panigale melalui jalan berselekoh dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus.

Mangsa kemudian melanggar penghadang sebelah kiri jalan, sebelum tercampak dan terjatuh ke bawah jambatan pada ketinggian kira-kira 30 meter. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan