32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Remaja lelaki tersepit, kereta rempuh pokok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja lelaki melalui detik cemas  apabila kereta yang dipandunya merempuh pokok dalam kejadian kemalangan di Jalan USJ2/7, Taman USJ, Subang Jaya hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Morni Mamat berkata, kemalangan pukul 3.12 petang membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

“Mangsa seorang lelaki remaja yang memandu kereta itu hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Morni, akibat kemalangan itu, mangsa berusia 18 tahun itu didapati tersepit di bahagian pemandu yang remuk teruk.

“Anggota bomba mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan