27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Calon BN DUN Penggaram mohon maaf positif Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CALON Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Ter Hwa Kwong, disahkan positif COVID-19 menerusi ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR), hari ini.

Hwa Kong berkata, dia terlebih dahulu memohon ampun dan maaf kepada semua yang telah menjadi kontak rapat sepanjang beberapa hari dia berkempen.

Bagaimanapun menurutnya, keadaan kondisinya adalah baik.

“Saya juga memohon maaf kepada seluruh barisan jentera dan penyokong kerana tidak dapat bersama turun padang sepanjang tempoh saya berkurantin ini.

“Saya mohon maaf tidak dapat bersama dalam ceramah atau aktiviti selanjutnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar beliau lagi, dia merayu kepada semua agar terus memberi sokongan padu kepadanya dan BN serta seterusnya mengundinya calon nombor 4, N23 Penggaram pada 12 Mac nanti.

Menurut beliau, langkah berkenaan demi Kestabilan Negeri Johor yang disayangi.

Baca juga:   Ahli Parlimen Warisan kecewa dengan Anwar

Berikutan itu, calon terbabit membatalkan semua kempen fizikalnya, berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu, Hwa Kwong dilaporkan berkata, dia dan pasukan kempennya membuat ujian saringan selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

“Saya akan menjalani prosedur susulan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi DUN Penggaram menyaksikan saingan empat penjuru antara Hwa Kong dan Sia Wee Yet (PN), Gan Peck Cheng (PH) serta Zahari Osman (Bebas).

Baca juga:   PRN Johor: Penamaan calon 26 Februari, hari mengundi 12 Mac

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, DUN Penggaram dimenangi Peck Cheng, daripada DAP selepas mengalahkan calon BN, Kang Ben Kuan dengan majoriti 17,205 undian.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Cecair vape kena cukai bermula hari ini

CUKAI bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 0.40 sen setiap milimiter akan berkuat kuasa bermula hari ini. Perkara...

Lagi Artikel Berkaitan