25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MyDigital pastikan semula pelajar dapat akses online

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Inisiatif MyDigital yang dilancarkan dengan berpandukan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia berupaya memastikan semua pelajar mempunyai akses kepada pembelajaran dalam talian.

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) menjelaskan, kerajaan turut menyasarkan 100 peratus isi rumah mempunyai mandapat capaian akses kepada sambungan digital berkualiti (internet).

MyDigital juga bakal mewujudkan sebanyak 500,000 pekerjaan baharu menjelang 2025, kata agensi tersebut dalam kenyataan media yang diedarkan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia secara maya hari ini.

Untuk pihak swasta, berikut adalah beberapa sasaran utama:

• 22.6 peratus sumbangan ekonomi digital kepada KDNK Malaysia Ekonomi digital menyumbang sebanyak 22.6% kepada KDNK negara

• 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna e-dagang perusahaan mikro, kecil dan sederhana (UMKM) mengguna pakai perniagaan atas talian menjelang 2025

• Menarik dua syarikat Unicorn (tempatan atau asing) menjelang 2025

• Meningkatkan bilangan syarikat permulaan (start ups) kepada 5,000 menjelang 2025

• RM70 bilion pelaburan dalam pendigitalan RM70 bilion pelaburan dalam digitalisasi menjelang 2025

Bagi kerajaan, sasaran adalah seperti berikut:

• 100 peratus (1.7 juta) penjawat awam memiliki literasi digital menjelang 2030

• Semua kementerian dan agensi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022

Advertisements

• Semua agensi menyediakan urus niaga tanpa tunai sebagai pilihan menjelang 2022

• 80 peratus perkhidmatan kerajaan dalam talian dari peringkat awal ke akhir menjelang tahun 2025

• 80 peratus perkhidmatan kerajaan dalam talian hujung-ke-hujung diintegrasikan menjelang 2025

• 80 peratus penggunaan storan pengkomputeran awan merentas sektor awam pada tahun 2022

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia menggariskan 22 strategi, merangkumi 48 Inisiatif Nasional serta 28 Inisiatif Sektoral.

Pelaksanaan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital adalah selama 10 tahun, dari 2021 ke 2030 dan terbahagi kepada tiga fasa.

Fasa pertama, dari 2021-2022 melibatkan pengukuhan asas dan mempercepat pengunaan pakai pendigitalan.

Fasa kedua adalah dari 2023-2025 dan menjurus kepada memacu transformasi digital yang inklusif.

Manakala fasa terakhir, dari 2026-2030 menyasarkan Malaysia menjadi pengeluar produk dan penyelesaian digital serantau.

“Bagi memacu dasar ini, Perdana Menteri mempengerusikan Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara.

Di bawah majlis ini, enam kluster ditubuhkan dan dipengerusikan oleh menteri-menteri dan Ketua Setiausaha Negara untuk meningkatkan keberkesanan serta ketelusan dalam sistem penyampaian. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan