27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Tiga beranak nyaris maut, dinding rumah runtuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA beranak nyaris maut selepas dinding rumah yang masih dalam pembinaan runtuh dan seterusnya menghempap mereka di Jalan Sungai Pusu, Kampung Pinggiran Gombak, hari ini.

Akibat kejadian tersebut, seorang lelaki parah manakala isteri dan anak lelakinya mengalami kecederaan ringan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.35 petang tadi.

Menurutnya, sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan kecemasan diterima.

Advertisements

“Setiba dilokasi, pihak bomba mendapati sebuah keluarga warga tempatan terdiri daripada seorang lelaki berusia 35 tahun cedera parah, manakala isterinya berusia 30 tahun dan anak lelaki berusia dua tahun cedera ringan.

“Dinding rumah yang dalam pembinaan dipercayai runtuh sebelum menghempap kesemua mangsa terlibat.

“Pihak bomba kemudiannya memberi rawatan awal kepada semua mangsa dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan