32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Isham cadang Najib dikenakan tahanan rumah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (UMNO), Isham Jalil mencadangkan Datuk Seri Najib Razak dikenakan tahanan di rumah sementara menunggu proses pengampunan diraja terhadapnya selesai.

Menurut beliau, cadangan itu boleh dipertimbangkan kerana secara teknikal, bekas Perdana Menteri itu boleh dianggap sebagai tahanan politik.

Jelas Isham, terdapat banyak unsur politik dalam kes SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Bila dia masuk penjara, individu berprofil tinggi, unsur politik pun banyak, jadi kita boleh katakan dia tahanan politik. Mungkin boleh diusahakan beliau ditahan di rumah, kita kena usahakan.

Advertisements

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu Najib dibebaskan, saya tengok banyak unsur ketidakadilan,” katanya melalui video yang disiarkan di Facebooknya.

Sebelum ini, Najib kekal di penjara Datuk Seri selepas gagal dalam permohonannya untuk dapatkan kebenaran menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman.

Keputusan itu dibuat dengan majoriti 4-1 dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Nordin Hassan menyokong.

Ketua panel tersebut Hakim Besar Sabah Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli menentang keputusan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan