26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Wanita muat naik tatu kalimah Allah ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita warga tempatan kerana disyaki memuat naik gambar tatu kalimah Allah di badan seorang individu.

Setiausahanya, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin menerusi kenyataan berkata, tangkapan ke atas wanita berusia 46 tahun itu dibuat di kawasan Gombak, Selangor.

“Turut dirampas daripada suspek adalah sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama tiga hari mulai 24 hingga 26 Mei.

Advertisements

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

“PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak membuat hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sesitiviti agama, perkauman dan institusi diraja di platform media sosial sehingga boleh membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian kaum,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan