25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Liga Super: Sri Pahang kekalkan rekod tanpa kalah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SRI Pahang FC mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Penang FC di Stadium Darul Makmur, pada Sabtu.

Gol sepakan penalti Kpah Sherman dalam babak kedua sudah cukup untuk meraih tiga mata buat skuad ‘Tok Gajah’.

Sri Pahang kekal tidak dikalahkan sepanjang 11 perlawan liga setakat ini.

Aksi sepanjang babak pertama berlangsung hangat dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk memburu gol pertama perlawanan.

Advertisements

Lima minit pertama permainan lebih dikuasai pasukan pelawat yang banyak memberi tekanan ke kubu tuan rumah.

Tuan rumah berjaya mengawal permainan dan sesekali melakukan percubaan ke kubu lawan.

Usaha tanpa henti yang dilakukan tuan rumah membuahkan hasil pada awal babak kedua apabila pengadil, Hasrol Amir, mendapati kapten Penang, Rafael Vitor, mengasari Kpah Sherman biarpun pertahanan itu kelihatan memenangi bola.

Sherman melunaskan tanggungjawabnya dengan menewaskan Azfar Arif pada minit ke-48 yang menjadi gol tunggal perlawanan berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan