27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Mahfuz dilantik Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pula LKIM

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengumumkan pelantikan pengerusi baharu bagi lima badan berkanun di bawah kementerian itu, berkuat kuasa 15 Mei ini.

Mereka ialah Muhammad Faiz Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Sementara, Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI); dan Sheikh Umar Bagharid Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Advertisements

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan pada Selasa berkata, pelantikan tersebut adalah berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan.

“Saya yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka dalam menerajui dan menggalas amanah serta tanggungjawab dalam menyokong dan memastikan pembaharuan selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

Mohamad berkata, pelantikan itu, dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan