26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

BAC 2023: Ee Yi-Yew Sin singkir juara dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASANGAN beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.

Turun selaku pilihan kelapan kejohanan, pasangan beregu negara itu mempamerkan persembahan bertenaga bagi menyaingi lawan yang juga pilihan utama kejohanan.

Hasilnya, Ee Yo-Yew Sin berjaya memenangi set pertama 22-20 dalam masa 18 minit di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai.

Pasangan negara terus garang di set kedua apabila mengungguli 11 mata pertama sebelum memastikan kemenangan milik mereka menerusi 21-15 dalam tempoh 19 minit.

Advertisements

Di separuh akhir esok, pasangan negara dijangka menentang pemenang satu lagi aksi suku akhir membabitkan pilihan keempat dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.

Terdahulu, pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-15, 15-21, 21-19.

Pasangan ini dijadualkan menentang pemenang diantara pasangan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dan pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti esok.

Soon Huat-Shevon memburu final kedua mereka tahun ini selepas berjaya mara ke perlawanan akhir di Terbuka Switzerland bulan lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan