31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pemilik kelab komedi dibenar ambil pasport untuk umrah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur, hari ini membenarkan pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya menunaikan umrah pada 15 Mei depan.

Hakim, N Priscilla Hemamalini membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam M Pravin mewakili Mohamad Rizal selaku pemohon dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Abu Bakar.

“Mahkamah membenarkan permohonan itu dan dia perlu pulangkan dokumen perjalanan berkenaan kepada mahkamah pada 31 Mei depan,” katanya.

Terdahulu, Pravin berkata, anak guamnya memerlukan pasport itu untuk ke Makkah, Arab Saudi bagi mengerjakan umrah dan Mohamad Rizal akan pulang ke tanah air pada 29 Mei.

“Anak guam saya akan mengembalikan pasport itu sehari atau dua hari selepas pulang daripada menunaikan umrah,” katanya.

Nurul Ain tidak membantah permohonan berkenaan.

Advertisements

Sebelum ini, Mohamad Rizal didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.

Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.

Pada 6 April lepas, Mohamad Rizal mengemukakan representasi kedua bagi menggugurkan tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi media sosial yang dihadapinya selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 20 Januari lepas menolak representasi pertama tertuduh.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan