33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Lelaki ditahan hina institusi beraja di Facebook

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga tempatan ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki membuat hantaran berbaur penghinaan ke atas institusi beraja di negara ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh di kawasan Temerloh, Pahang hari ini.

Katanya, suspek melakukan perbuatan berkenaan dengan menggunakan akaun Facebook bernama ‘Raja Harun’.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat esok, 13 April 2023 di lokap berpusat Kuala Lumpur.

Advertisements

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Noorsiah turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menghormati institusi diraja kerana ianya telah dijamin Perlembagaan Malaysia demi menjaga kestabilan negara, bangsa dan agama.

“Mana-mana individu atau pihak yang didapati sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan menghina dan memperlekeh institusi beraja akan diambil tindakan tegas,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan