33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Cuba loloskan diri, 𝟭𝟵 𝗣𝗔𝗧𝗜 berjaya ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor berjaya menahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia termasuk tekong kerana cuba menyeludup masuk secara haram ke Malaysia awal pagi kelmarin di Pantai Klanang, Selangor.

Penahanan bot itu dibuat kira-kira pukul 2.30 pagi pada kedudukan sekitar 1.6 batu nautika barat daya.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, berdasarkan maklumat berpandukan hasil risikan yang diterima, satu vesel dalam keadaan mencurigakan telah dikesan di Perairan Sungai Klanang.

Beliau berkata, Maritim Malaysia Negeri Selangor telah mengatur gerak sebuah bot ronda bagi memintas vesel tersebut.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa bot itu cuba meloloskan diri dan berlaku adegan kejar mengejar hampir 30 minit sebelum terkandas dan hampir tenggelam.

“Hasil siasatan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh seorang tekong dan dua kru warga Indonesia berumur 48 dan 60 tahun tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah dipercayai dari Tanjung Balai, Indonesia,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Beliau berkata, daripada hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati, terdapat 11 penumpang lelaki dan lima wanita dalam lingkungan umur 26 hingga 53 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah berada di geladak tengah bot yang hampir tenggelam ketika ditahan.

Katanya, bot yang bocor tidak dapat diselamatkan dan tenggelam di lokasi tangkapan manakala kesemua PATI yang ditahan telah dipindahkan ke bot ronda Maritim Malaysia sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

“Menurut salah seorang PATI, bayaran yang dikenakan untuk satu perjalanan menyeludup masuk dengan cara ini dianggarkan sebanyak RM 1,500 sekepala.

“Sehubungan dengan itu, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana membawa masuk atau keluar PATI,”katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden yang berlaku di laut ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelbagai inisiatif dilaksana untuk reformasi pendidikan negara – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan