31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Rohana pulangkan RM44.28 juta, aset 1MDB

Mesti Baca

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan telah memulangkan wang RM44.28 juta dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Kerajaan Malaysia. 

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesemua wang termasuk aset terbabit dipulangkan kepada kerajaan pada tahun lepas selepas siasatan suruhanjaya itu selesai.

Sumber itu memaklumkan, siasatan mendapati Rohana tidak mempunyai pengetahuan tentang sumber dana dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB yang dihantar oleh bekas rakan kongsi Goldman Sachs Inc, Tim Leissner. 

“Sehubungan itu, Rohana telah memulangkan keseluruhan jumlah wang dan aset tersebut secara sukarela kepada Kerajaan Malaysia.

Advertisements

“Oleh demikian, siasatan membabitkan Rohana berkaitan dengan dana 1MDB selesai dan tiada tindakan undang-undang susulan terhadapnya,” menurut sumber itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pemulangan wang RM44.28 juta tersebut.

Pada 7 Mac lepas, Azam berkata, sehingga kini jumlah keseluruhan aset 1MDB yang berjaya dikembalikan  adalah sebanyak RM28.93 bilion iaitu kira-kira 70 peratus. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan