26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Sindiket jual beli emas tumpas, 4 ditahan

Sindiket itu dipercayai aktif menjalankan penipuan sejak pertengahan 2022 dengan mewujudkan kumpulan melalui aplikasi Telegram dan Instagram.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket penipuan jual beli barang kemas dalam talian susulan penahanan empat individu menerusi dua serbuan berasingan Kuala Lumpur dan Selangor, Khamis lepas.

Setiausaha Polis diRaja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata semua individu yang ditahan termasuk dua wanita berusia 26 hingga 45 tahun itu dipercayai berperanan sebagai dalang utama dan pemilik keldai akaun.

Noorsiah berkata, sindiket itu dipercayai aktif menjalankan penipuan sejak pertengahan tahun lalu dengan mewujudkan kumpulan melalui aplikasi Telegram dan Instagram bagi mengiklankan barang kemas dan seterusnya mencari mangsa.

“Mangsa yang berminat dengan barang kemas diiklankan itu akan dihubungi oleh ahli sindiket dan diarahkan untuk membuat pembayaran ke akaun tertentu.

“Namun, selepas pembayaran dilakukan, barang kemas yang dijanjikan tidak diterima oleh mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Belia berkata, polis percaya menerusi penahanan individu berkenaan dapat menyelesaikan enam kes membabitkan jumlah kerugian RM17,100.

Advertisements

Mengulas lanjut, katanya, polis turut merampas enam telefon bimbit, dua kad bank, tujuh salinan perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan jual beli barang kemas secara dalam talian.

“Kesemua suspek ditahan reman dua hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Noorsiah turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada bagi mencegah kes sebegini terus berleluasa.

“Lakukan transaksi pembelian dalam talian hanya melalui platform jualan yang sah bagi memastikan hak sebagai pembeli sentiasa dilindungi.

“Sentiasa berwaspada apabila melakukan transaksi dengan individu yang tidak dikenali di laman sosial yang menawarkan harga barangan yang lebih rendah daripada pasaran,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan nasihat dengan membuat rujukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) atau hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan