25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Hantaran 2019 ditular semula, polis sudah ambil tindakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN yang menyentuh sensitiviti kaum dari pengguna Facebook bernama ‘Nazrul Nazari’ yang tular di media sosial baru-baru ini merupakan isu lama pada tahun 2019.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya mengesan penularan semula hantaran berbaur perkauman itu di pelbagai platform media sosial, hari ini.

Menurutnya, hantaran tersebut telah dimuat naik pada bulan Ogos 2019 oleh pemilik akaun Facebook ‘Nazrul Nazari’.

“Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun telah ditangkap 1 April lalu dan didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisements

“Justeru itu orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan sebarang berita lama atau dikitar semula, yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular sebuah hantaran melalui kumpulan Facebook ‘KERAJAAN PERPADUAN YDPA’ dengan memetik kenyataan menyentuh sensitiviti perkauman oleh seorang pengguna Facebook bernama ‘Nazrul Nazari’.

Dalam tangkap layar yang tular di media sosial itu, terpampang di ruangan komen dari ‘Nazrul Nazari’ yang tertulis ‘Bila 13 mei nak berulang… tak sabar nak bunuh india china’,” katanya

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan