25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pas pilih PN, tepati ramalan UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Pas meneruskan kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menepati ramalan UMNO.

Sehubungan dengan itu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini.

Kata Ahmad Zahid, bagaimanapun UMNO masih terbuka untuk berusaha menjayakan penyatuan ummah bersama Pas selagi berlandaskan prinsip keikhlasan dan kejujuran.

“Keputusan Pas Pusat untuk meneruskan bersama dengan PN bagi menghadapi PRU-15 sudah dijangkakan.

Advertisements

“Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Pas memutuskan akan terus mengukuhkan kerjasama bersama PN bagi menghadapi PRU-15 ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid meminta Pas menyatakan pendirian sama ada mahu bekerjasama dengan BN dan memberikan beberapa syarat, termasuk memutuskan hubungan dengan PN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan