31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Penyatuan ummah: UMNO letak syarat jika Pas mahu kembali

Namun tidak akan sesekali menerima parti yang menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama mereka.

Mesti Baca

UMNO bersedia untuk mengembalikan agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama Pas namun tidak akan sesekali menerima mereka yang menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipercayai merujuk kepada rakan sekutu Pas dalam Perikatan Nasional (PN), iaitu Bersatu.

Beliau berkata, sebarang usaha untuk memulihkan Muafakat Nasional (MN) atau apa sahaja bentuk permuafakatan dan kerjasama mestilah kembali kepada prinsip dan semangat Piagam asal sebagaimana yang pernah dimeterai dan disepakati.

“Sehubungan dengan ini juga, apa juga aspek yang bersangkutan dengan isu ini haruslah dirujuk kepada kenyataan yang keluar melalui saluran rasmi saya mahupun parti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahmad Zahid mengulas pelbagai spekulasi yang timbul susulan pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya pada 17 September lalu.

Beliau berkata, pertemuan empat mata tersebut berlangsung dengan penuh harmoni berteraskan semangat mahabbah dan ukhuwwah persaudaraan Islamiah.

Katanya, banyak perkara dibincangkan termasuklah mengenai agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama satu ketika.

“Semangat kerjasama politik atau taawun siyasi antara UMNO-Pas pada waktu itu berpaksikan kepada keinsafan betapa perlunya dua parti induk Melayu-Islam terlebih dahulu diperkasakan bagi memungkinkan terlaksananya penyatuan ummah dalam erti kata sebenar.

“Penyatuan yang berteraskan keindukan Bumiputera Melayu Islam ini adalah kunci keharmonian dalam kemajmukan Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.

Advertisements

Beliau menegaskan UMNO tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah yang menjadi asas kestabilan politik tanahair.

Atas Sebab itulah, katanya, sejak dari awal UMNO sentiasa menekankan soal keikhlasan dan kejujuran dalam apa jua bentuk permuafakatan.

UMNO dan Pas bersetuju membentuk MN pada November 2019 ketika kedua-dua parti itu menjadi pembangkang setelah Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

Pada masa yang sama, Pas berusaha untuk membawa Bersatu bersama-sama di bawah MN namun ditolak oleh UMNO.

Sejak itu hubungan kedua-dua parti itu mula dingin dan pada Februari 2020, Pas membuat kejutan apabila bekerjasama dengan Bersatu membentuk PN.

Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, Pas bersama Bersatu yang bernaung di bawah panji PN telah menentang UMNO dan BN yang menyaksikan mereka kalah teruk.

Semasa sambutan ulang tahun keenam penubuhan Bersatu di Putrajaya, 24 September lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi PN mengisytiharkan BN sebagai musuh utama parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau turut mengajak kesemua parti komponen dalam PN sepakat berhubung perkara itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan