28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

42 set bubu naga dirampas APMM Perak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 42 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak ketika rondaan dilakukan di sekitar 4.5 batu nautika barat daya Tanjung Kepah, Lumut kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, terdahulu bot peronda APMM yang melakukan rondaan Op Pintas dan Op Sayong telah mengesan kewujudan bubu naga tersebut di sekitar perairan Tanjung Kepah.

“Kesemua 42 set bubu naga yang dijumpai itu diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Perak untuk tindakan lanjut.

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohd. Hambali berkata, penggunaan bubu naga secara berleluasa oleh pihak tidak bertanggungjawab di perairan Perak boleh mengganggu habitat marin untuk jangka masa panjang.

“Ini kerana, bubu naga boleh mengancam habitat marin terutamanya ikan-ikan kecil di pesisir pantai dan boleh mengakibatkan kepupusan serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai.

“Justeru, APMM Perak menyeru agar kegiatan perikanan jenis ini dihentikan dan sebarang maklumat berkaitan penggunaaannya boleh disalurkan kepada Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan