27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Kelab komedi rupanya tidak memiliki lesen hiburan sejak 2014

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

OPERASI sebuah kelab komedi di ibu negara yang digantung sementara baru-baru ini didapati tidak memiliki sebarang lesen hiburan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang berkata, lesen premis yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail itu diluluskan pada 2018 untuk operasi restoran dan jualan minuman keras sahaja.

Beliau berkata, walaupun lesen perniagaannya masih sah namun pengusaha berkenaan gagal untuk memenuhi lesen hiburan.

“Premis itu telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017, malah pengusaha juga gagal mematuhi pelbagai keperluan ditetapkan setiap kali permohonan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan penggantungan sementara operasi kelab tersebut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad lalu susulan isu tular persembahan hina Islam.

Advertisements

Sebelum ini, kelab komedi tersebut menjadi pentas bagi kalangan pelawak amatur dan profesional menunjukkan bakat melawak.

Bagaimanapun, ia menjadi perhatian umum apabila seorang wanita Islam yang mengaku menghafal 15 juzuk al-Quran membuat persembahan dengan membuka tudung dan baju kurung yang dipakai sehingga mendedahkan aurat.

Tindakan wanita tersebut dikecam banyak pihak termasuk kalangan pelawak profesional kerana dianggap mencemar kesucian Islam dan melampau.

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, DBKL akan terus mempergiatkan operasi bagi mengekang aktiviti haram dan pelanggaran undang-undang di premis hiburan sekitar Kuala Lumpur sepanjang masa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan