25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PICKids : Lebih 1 juta kanak-kanak lengkap vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,131,326 atau 31.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat Selasa.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 1,683,567 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada 31 Mei ini.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,553 atau 93.5 peratus telah lengkap divaskin, manakala 3,007,101 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 16,084,603 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak.

Advertisements

Sementara, seramai 22,973,173 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,459 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 9,883 dos harian diberikan pada Selasa meliputi 2,129 suntikan penggalak, 3,945 dos kedua dan 3,809 dos pertama.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,826,089. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan