26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Video muzik baharu Blackpink cetus fenomena

Mesti Baca


BLACKPINK tidak menunggu lama untuk kembali sekali lagi mencetuskan fenomena menerusi lagu terbaharu mereka, How You Like That.

Video muzik (MV) kumpulan sensasi K-Pop itu memecah tiga rekod dunia Guinness World Records kelmarin apabila merekodkan 86.3 juta tontonan dalam masa 24 jam.

Jumlah tontonan yang dicapai pada hari pertama MV How You Like That dikeluarkan memecahkan rekod iaitu, video YouTube paling banyak ditonton dalam 24 jam.

Blackpink juga memecahkan rekod MV paling banyak ditonton di laman YouTube serta MV oleh kumpulan K-Pop Yang paling banyak ditonton dalam 24 jam.

Advertisements

Jumlah tontonan MV How You Like That juga mengatasi pemegang rekod sebelum ini, BTS dengan MV Boy With Love. Dalam pada itu, klip tayangan perdana secara berasingan turut mencatatkan 1.66 juta tontonan serentak.

Ia turut memecah dua lagi rekod Guinness iaitu video tayangan perdana di YouTube yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi dan tayangan perdana MV di YouTube dengan jumlah tontonan paling tinggi.

Lagu How You Like That merupakan single pertama Blackpink sejak lagu Kill This Love tahun lalu.

Blackpink berada di bawah naungan YG Entertainment dan membuat debut pada 2016 serta mempunyai empat ahli iaitu Jisoo, Jennie, Ros̩ dan Lisa. РAgensi

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan