25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Video muzik baharu Blackpink cetus fenomena

Mesti Baca


BLACKPINK tidak menunggu lama untuk kembali sekali lagi mencetuskan fenomena menerusi lagu terbaharu mereka, How You Like That.

Video muzik (MV) kumpulan sensasi K-Pop itu memecah tiga rekod dunia Guinness World Records kelmarin apabila merekodkan 86.3 juta tontonan dalam masa 24 jam.

Jumlah tontonan yang dicapai pada hari pertama MV How You Like That dikeluarkan memecahkan rekod iaitu, video YouTube paling banyak ditonton dalam 24 jam.

Blackpink juga memecahkan rekod MV paling banyak ditonton di laman YouTube serta MV oleh kumpulan K-Pop Yang paling banyak ditonton dalam 24 jam.

Jumlah tontonan MV How You Like That juga mengatasi pemegang rekod sebelum ini, BTS dengan MV Boy With Love. Dalam pada itu, klip tayangan perdana secara berasingan turut mencatatkan 1.66 juta tontonan serentak.

Ia turut memecah dua lagi rekod Guinness iaitu video tayangan perdana di YouTube yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi dan tayangan perdana MV di YouTube dengan jumlah tontonan paling tinggi.

Lagu How You Like That merupakan single pertama Blackpink sejak lagu Kill This Love tahun lalu.

Blackpink berada di bawah naungan YG Entertainment dan membuat debut pada 2016 serta mempunyai empat ahli iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa. – Agensi

Baca juga:   Bob Lokman akui kesal jadi perokok tegar

Wartawan

Baca juga:   Muka Syafiq Farhain bengkak angkara tanam rambut

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan