27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

”Nama kamu akan saya sebut saat bermunajat kepada Allah”

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Mokhtar Senik meluahkan rasa geram terhadap fitnah terbaharu dihadapinya yang disifatkan sebagai politik tidak bertamadun.

Mokhtar menerusi hantaran Facebook nyata berang dengan fitnah dimuat naik pemilik akaun Farish Farish yang meminta polis menyerbu pusat tahfiz kendalian ulama itu dengan menuduh beliau ‘melakukan serangan seksual’ terhadap pelajar berkenaan.

“Anda boleh maki dan kutuk saya berapa puluh gantang pun yang anda mahu. Kerana saya sudah sedia maklum anda berpolitik secara yang paling tidak bertamadun.

“Tapi jangan melampau. Sampai sudah tidak tinggal sisa lagi kehormatan saya maka tiada cara lagi selain saya menyebut nama kamu dalam pengaduan saya kepada tuhan,” tulisnya.

Mokhtar berkata, walaupun pihak itu bersembunyi di sebalik nama atau akaun palsu, Tuhan mengetahui apa yang disembunyikan.

“Mulai malam ini, nama kamu akan saya sebut saat saya bermunajat kepada Allah. Agar Allah memisahkan roh kamu dari jasad kamu,” katanya.

Advertisements

Anggota jawatankuasa Pusat PAS itu juga berkata, Allah tahu bahawa dia tiada sebarang kesalahan pada individu itu.

“Saya mohon seluruh teman yang mengenali saya aminkan doa saya ini setiap malam. 

“Moga menjadi pengajaran kepada orang lain,” katanya yang menyebut laporan polis telah dibuat.

Minggu lalu, Mokhtar mendakwa terdapat pihak menyalah guna nombor telefonnya.

Mokhtar sejak minggu lalu berdepan serangan di media sosial, khususnya oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Alexander Pittsuwan Thomprason yang mendakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Leena. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan