27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Mangsa banjir di Johor meningkat, Segamat paling teruk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SITUASI banjir di negeri Johor semakin teruk apabila jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat kepada seramai 5,479 orang, pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu terdiri daripada 1,486 buah keluarga.

Menurut beliau, daerah yang terjejas akibat banjir di negeri ini ketika ini adalah Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Muar dan Batu Pahat.

“Setakat ini, kesemua mangsa ditempatkan di 78 buah PPS yang telah dibuka di tujuh buah daerah berkenaan.

Advertisements

“Segamat kekal daerah paling teruk terjejas akibat banjir dengan seramai 4,016 mangsa direkodkan, diikuti Mersing (548 mangsa), Tangkak (434 mangsa) dan Kota Tinggi (210 mangsa),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, ramalan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan Johor dengan tahap Amaran Hujan Berterusan Buruk bagi seluruh negeri untuk hari ini.

“Sementara itu, status notifikasi bacaan sungai menunjukkan empat sungai di Segamat dalam status bahaya manakala satu sungai di Tangkak dalam status sama.

“Sungai tersebut adalah Sungai Muar di Kampung Awat dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Sungai Segamat di Bandar Segamat, Sungai Lenik di Ladang Chaah dan Sungai Kesang di Tangkak,” jelasnya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan