26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Lelaki maut, dipukul pencuri kabel elektrik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut dipercayai dipukul dengan kayu selepas terserempak dengan suspek yang disyaki sedang mencuri kabel elektrik dalam kejadian di kawasan lapang di Kingfisher, pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa yang berusia 50 tahun ditemui oleh rakannya dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan keluar dari rumah pada jam 10.30 malam untuk memeriksa fius elektrik selepas bekalan elektrik di rumah kongsi terputus.

“Sejam selepas itu, rakan mangsa bersama anaknya ke lokasi kejadian susulan masalah bekalan elektrik yang terputus belum elok.

“Bagaimanapun mereka kemudian terdengar anjing menyalak lalu memeriksa kawasan tersebut sebelum menemui kelibat seseorang dalam keadaan tertiarap dan terdapat tompokan darah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Pembukaan sempadan Johor-Singapura, MB tinjau persediaan

Kata Mohd Zaidi, lelaki berkenaan kemudian terus menghubungi telefon bimbit mangsa dan terkejut kerana bunyi deringan telefon bimbit itu bersebelahan dengan lelaki yang dilihatnya.

“Menyedari mangsa adalah rakannya, lelaki tersebut segera menghubungi polis. Siasatan lanjut di lokasi dengan bantuan pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati mangsa cedera dan ada kesan bengkak pada mata dan remuk pada dahi disyaki dipukul menggunakan objek keras.

“Polis turut menemui sebatang kayu disyaki digunakan suspek untuk menyerang mangsa dan siasatan lanjut dalam bilik fius tidak jauh dari mayat ditemui mendapati terdapat kabel elektrik dipotong disyaki dicuri suspek.

Baca juga:   Pemandu positif dadah rempuh 7 kereta ditahan

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai sedang mencuri kabel di bilik fius berkenaan dan menyerang mangsa menggunakan kayu selepas menyedari kehadiran mangsa di bilik berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, siasatan masih diteruskan dan usaha mengenal pasti suspek sedang giat dijalankan.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta supaya menghubungi polis untuk membantu siasatan,” katanya.- Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Politik tidak stabil, PRU wajar diadakan - Tuan Ibrahim

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan