26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Dua polis disengat tebuan tanah berjaya tangkap penyamun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WALAUPUN disengat belasan kali oleh tebuan tanah, dua anggota polis berpangkat konstabel berjaya menangkap seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian samun di Kampung Badang, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 6 petang semasa sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan melakukan serbuan di sebuah pondok yang terletak di tepi sungai di Kampung Taman Buaya.

Menurut Ketua JSJ Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, apabila tiba di kawasan berkenaan, polis melihat seorang lelaki yang disyaki terlibat kes samun pada 1 Oktober lalu berada dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran polis, lelaki terbabit bertindak melarikan diri sejauh 200 meter sebelum masuk ke dalam kawasan semak.

“Semasa cuba menangkap suspek, anggota polis telah diserang oleh ratusan koloni tebuan tanah. Keadaan itu menyebabkan dua anggota berusia 25 dan 27 tahun disengat belasan kali oleh serangga berkenaan,” katanya.

Advertisements

Wan Khairuddin berkata, walaupun dalam keadaan cemas akibat serangan tebuan tanah, anggota polis tetap berjaya menahan suspek kes samun yang berusia 36 tahun itu.

Menurutnya, kedua-dua anggota yang disengat tebuan tanah itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

“Suspek dalam kes samun itu telah ditahan reman untuk siasatan lanjut. Semakan mendapati, lelaki terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan