31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

2 pegawai MAQIS ditahan disyaki terlibat kartel daging

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Dua pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung isu penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Memetik Harian Metro, kedua-dua pegawai yang disyaki itu berusia 27 dan 31 tahun Dan mereka ditahan di Pejabat SPRM Johor malam tadi bagi membantu siasatan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

“Kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

Advertisements

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya, hari ini.

Isnin lalu, seorang pengarah dan tiga pekerja sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku, di sini, direman empat hari dan berakhir hari ini.

Kesemua mereka yang direman itu berusia antara 39 hingga 50 tahun.

Empat direman berkenaan membabitkan pengarah, pengarah operasi, kerani syarikat sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku serta seorang lagi pengarah syarikat lain.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kartel daging import yang dipercayai membawa masuk daging yang diragui status halal.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan