28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Harga RON97, RON95 kekal bagi tempoh 17 hingga 23 Ogos ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel terus kekal bagi tempoh 17 hingga 23 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal RM3.37 seliter.

“Sementara, bagi RON95 kekal dengan harha RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,”menurut kenyataan itu.

Advertisements

MOF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, meskipun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan.

Menurut MOF, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan