30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Nokia rancang buang 14,000 pekerja menjelang 2026

Mesti Baca

GERGASI telekomunikasi Finland, Nokia merancang untuk menangani ketidaktentuan persekitaran pasaran dan kemerosotan jualan dengan mengurangkan perbelanjaan kakitangan dan mengurangkan 10 hingga 15 peratus daripada 86,000 pekerja menjelang akhir 2026, kata syarikat itu hari ini.

“Nokia menyasarkan untuk merendahkan asas kos mengikut asas kasar (sebelum inflasi) sebanyak antara 800 juta euro (RM4 bilion) dan 1.2 bilion euro (RM6 bilion) menjelang akhir 2026 berbanding 2023, mengambil kira bayaran pembolehubah menepati sasaran dalam kedua-dua tempoh.s by

“Ini mewakili pengurangan 10 hingga 15 peratus perbelanjaan pekerja. Program ini dijangka menyebabkan organisasi menjadi 72,000 hingga 77,000 kakitangan berbanding 86,000 pekerja yang dimiliki Nokia hari ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pembuangan itu susulan laporan suku ketiga Nokia yang menunjukkan penurunan 20 peratus jualan tahun ke tahun kepada 4.98 bilion euro, manakala keuntungan jatuh sebanyak 69 peratus kepada 133 juta euro, lapor Sputnik.

Skala sebenar program itu akan bergantung kepada ‘evolusi permintaan pasaran akhir’, kata kenyataan itu lagi.

Advertisements

“Keputusan perniagaan yang paling sukar adalah yang menjejaskan kakitangan.

“Kami mempunyai ramai yang amat berbakat di Nokia dan akan menyokong semua orang yang terkesan dengan proses ini.

“Menetapkan semula asas kos adalah langkah penting bagi menyelaraskan ketidaktentuan pasaran serta menjamin keuntungan dan daya saing jangka panjang kami.

“Kami tetap yakin dengan peluang yang ada di hadapan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pekka Lundmark dalam kenyataan itu.

Nokia Corporation adalah syarikat transnasional Finland yang mengeluarkan peralatan telekomunikasi bagi mudah alih, tetap, jalur lebar dan rangkaian IP yang diasaskan pada 1865. Ia beroperasi di lebih 130 negara. -Agensi

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan