32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Polis siasat kes kematian mengejut OKT dalam tahanan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan berkaitan kes kematian mengejut orang kena tahan (OKT) dalam tahanan, semalam.

Pengarah JIPS, Datuk Sri Azri Ahmad berkata, OKT yang berusia 56 tahun itu ditangkap pada 6 Julai lalu di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan di lokap Balai Polis Setiawangsa.

Ujar beliau, OKT kemudiannya ditangkap sekali lagi pada 18 Julai bersabit satu kes lain ditahan di lokap yang sama untuk siasatan lanjut.

“Pada 21 Julai, OKT mengadu demam dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan. OKT diberikan ubat sakit dan dibawa smula ke lokap pada hari yang sama.

Advertisements

“Semalam, rakan sel OKT melihatnya sesak nafas dan bersandar di dinding tandas sel. Pihak hospital segera dihubungi dan ambulan sampai untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azri berkata, doktor daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan kematian OKT.

“Bedah siasat akan dijalankan di HKL pada hari ini untuk mengetahui punca kematian.

“Unit Siasatan Jeayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) di bawah JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan