33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

KKR sedia tawar bantuan dibawah kapasiti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) sedia menawarkan bantuan dalam apa juga cara dibawah kapasiti berikutan kejadian bumbung Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Seg Hwa, di Segamat, diterbangkan ribut, malam tadi yang telah mengakibatkan seorang wanita maut.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima, difahamkan Pembinaan Bangunan ini dahulu diuruskan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).

“Di pihak KKR, saya ingin memaklumkan kita bersedia untuk menawarkan bantuan dalam apa juga cara di bawah kapasiti KKR, sekiranya diminta oleh pihak-pihak yang terbabit,”katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Saya bersimpati dan mengucapkan takziah,”katanya.

Advertisements

Hari ini, media melaporkan seorang wanita maut dikenali V Mahadevi 55 maut, selepas bumbung sebuah sekolah berhampiran diterbangkan ribut dan menghempap kediamannya di Kampung Tahang Rimau Segamat.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Abd Rahim Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung runtuhan bumbung Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Seg Hwa di sini, 7.41 malam.

Beliau berkata, bumbung itu diterbangkan angin dan menghempap kediaman mangsa yang terletak bersebelahan sekolah berkenaan.

Susulan itu katanya, mangsa dibawa keluar dari rumahnya dengan bantuan orang awam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) Segamat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa meninggal dunia selepas sebahagian bumbung itu menghempap rumah yang terletak bersebelahan sekolah berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Golongan khunsa perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh DR MOHD SALIM MOHAMED BARU-BARU ini satu drama mengenai khunsa telah ditayangkan di kaca televisyen bermula bulan Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan