27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

DUN Pulau Pinang dibubar 10 hari terakhir Jun – Kon Yeow

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan dalam tempoh 10 hari terakhir bulan ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri masih belum mempunyai kata putus mengenai tarikh sebenar pembubaran DUN namun akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Mungkin 10 hari terakhir tetapi tarikh belum ada lagi. Jika Majlis Presiden boleh buat satu keputusan, kita akan ikut.

“Jika tidak ada keputusan, maka Pulau Pinang akan tetap dengan keputusan kita iaitu bubar pada akhir Jun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas menyempurnakan Interactive Edutainment Programme di Hospital Gleneagles, di George Town hari ini.

Advertisements

Sebanyak enam negeri bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

PRN di keenam-enam negeri itu dijangka dijalankan secara serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini memastikan proses pengundian berjalan lancar

Sementara itu, Kon Yeow berkata, beliau berharap dapat mengumumkan tarikh pembubaran DUN Pulau Pinang selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang terakhir.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang berkata, mesyuarat terakhir itu bakal menentukan tarikh pembubaran.

“Kita ada dua hingga tiga mesyuarat (MMK) lagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan