25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Gelaran Tan Sri bukan bermakna tidak boleh dikritik – Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBERIAN gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Lim Kit Siang bukanlah bermakna bekas Pengerusi DAP itu terlepas daripada sebarang kritikan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, itu tidak bermakna pendapat seorang ‘Tan Sri’ tidak boleh disanggah.

“Macam Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Annuar Musa. Lawan tetap lawan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengucapkan tahniah kepada Kit Siang kerana dianugerahkan Tan Sri.

Ujar Mohd Puad, penerimaan pingat itu merupakan pengiktirafan karier terhadap Kit Siang di peringkat nasional.

Jelas beliau, meskipun selama ini terdapat perbezaan pendapat antara mereka namun perselisihan itu tidak membawa kepada maki-hamun dan penggunaan kata-kata kesat.

Advertisements

“Setinggi tahniah. Itu satu pengiktirafan. Dia bersara politik dengan ‘happy ending’.

“Politik Malaysia semakin berubah. Dulu lawan sekarang kawan,”katanya.

Seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) ialah 25 individu lain termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Patmanathan; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh; bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengarah Urusan Kumpulan Engtex Group Berhad, Datuk Ng Hook.

Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Maxim Global Berhad, Datuk Seri Gan Seong Liam; Pengerusi DPS Resources Berhad, Datuk Seri Sow Chin Chuan; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad, Datuk Seri Dr Nik Norzul Thani N Hassan Thani dan komposer Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan