27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tersepit rantai motosikal, lengan kanak-kanak hampir terputus

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LENGAN kiri seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun hampir putus akibat tersepit rantai motosikal yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan Balai Raya Sungai Terap, Selangor pagi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, lengan kanak-kanak terbabit tersepit disebabkan baju jaket dipakainya tersangkut di rantai motorsikal.

Katanya, pihak bomba mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.21 pagi.

Tambahnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Karang dikejarkan ke lokasi dan ketika pasukan bomba tiba, didapati benar terdapat seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang tangan kirinya tersepit di rantai motosikal.

“Pasukan bomba dari BBP Tanjung Karang dengan tujuh keanggotaan diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Zuraini Mohamed Rawian terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.

Advertisements

“Beberapa bahagian motosikal dipotong menggunakan peralatan ‘Road Traffic Accident’ (RTA) sehingga tangan mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Hospital Tanjung Karang.

“Semasa kerja-kerja dijalankan mangsa telah diberi ubat pelali. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kiri.

“Selepas memastikan tiada sebarang kemerbahayaan di lokasi kejadian, operasi ditamatkan jam 7.48 pagi,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan