26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Lima lelaki, wanita ditahan bergaduh di Tampoi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan enam individu, lima lelaki dan seorang wanita berumur antara 24 hingga 35 tahun kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di kawasan Tampoi, Johor Bahru.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 28 saat di media sosial semalam berhubung kejadian tersebut.

Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 11.40 malam pada 27 Mei lalu.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 31 Mei. 

“Polis telah mengenal pasti serta dalam tindakan mengesan beberapa orang suspek yang masih bebas,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, katanya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda serta Sekysen 385 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau sebatan atau kedua-duanya.

“Polis menasihatkan masyarakat agar tidak mensensikan isu ini sehingga boleh memudaratkan ketenteraman awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Risman Sahid di talian 019-7766043,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan