28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Covid-19: Pelajar USM disaran tangguh perjalanan

Mesti Baca


GEORGETOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) menyarankan semua pelajar termasuk pelajar baharu yang sepatutnya mendaftar di kampus hari ini supaya menangguhkan perjalanan dan membuat pendaftaran secara dalam talian.


USM dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak Covid-19 di negara ini.

“Pelajar-pelajar baharu yang sudah dalam perjalanan ke kampus dibenarkan mendaftar hari ini atau mereka boleh menangguhkan perjalanan dan kembali semula ke kampus pada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak,” kata kenyataan itu, malam tadi.

Advertisements


Menurut kenyataan itu, tatacara pendaftaran akan dimaklumkan melalui laman web rasmi USM.


Tambahnya, bagi pelajar senior yang dijadualkan kembali ke kampus minggu depan, mereka diminta menangguhkan perjalanan dan melakukan pendaftaran kursus masing-masing dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh menghubungi kampus induk di talian 04-6533291 5823/5825/6185/5804/5827/6136/5822/5824, Kampus Kesihatan (09-7671300/1310) dan Kampus Kejuruteraan (04- 5995530/5531/5532/5533).

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan