25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jom Ziarah Gereja: Hannah Yeoh akan dipanggil polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS dijangka akan mengambil keterangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.

“Kita akan merakam keterangan Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) pada hari ini bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, pihak polis telah menerima dua laporan polis berkaitan isu berkenaan.

Advertisements

“Kita telah merakam keterangan tiga individu yang terdiri daripada pengadu dan dua wakil NGO bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini, lapor Sinar Harian.

Semalam media melaporkan, polis membuka satu kertas siasaran berhubung penganjuran program Jom Ziarah Gereja.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, walaupun program itu telah dibatalkan semalam, namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu.

Pada 14 Mac lalu, Hannah ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa, program Jom Ziarah Gereja tidak melibatkan individu beragama Islam.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan