26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

DBKL sita 4 premis penjaja warga asing di pasar borong KL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAGI tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap penjaja warga asing di sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur.

Kali ini, Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyita empat premia penjaja dan pindah barangan terhadap aktiviti penjajaan tanpa lesen oleh warga negara asing.

DBKL menerusi kenyataan berkata, pihaknya meneruskan lagi tindakan khas aktiviti perniagaan warga asing.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap premis dan aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga negara asing sekitar Jalan Batu View, Jalan 1/3a dan kawasan-kawasan lain di luar pasar borong Kuala Lumpur.

Advertisements

“Dalam operasi tersebut DBKL telah membuat empat sitaan dan pindah barangan terhadap aktiviti penjajaan tanpa lesen oleh warga negara asing yang menjual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan di tepi jalan dan kaki lima premis.

“DBKL juga telah mengeluarkan tiga notis di bawah kaedah 44 iaitu kesalahan meletakkan kenderaan di kaki lima dan kaedah 16 (1) iaitu kesalahan kenderaan menyebabkan halangan tidak berpatutan.

“Sehubungan dengan itu, kesemua barangan dan peralatan perniagaan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk rekod dan simpanan sementara,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan