27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Cubaan seludup 17 baka ayam gajah dari Thailand gagal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN menyeludup ayam gajah hidup menggunakan perahu gagal apabila ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan di Pengkalan Haram Tanjung, Pengkalan Kubor, kelmarin.

Pemangku Pengarah MAQIS Kelantan Mohd Ariwadi Salleh berkata, rampasan sebanyak 17 ekor ayam gajah yang bernilai RM1,700 bagi tujuan pembiakbakaan itu ditahan ketika cubaan dibawa masuk dari Thailand ke Malaysia melalui tebing Sungai Golok.

“Bahan rampasan ini ditinggalkan di tebing sungai, manakala pengemudi perahu berkenaan berjaya meloloskan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, MAQIS berkata, perbuatan mengimport ayam hidup adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurutnya, kesemua dagangan itu ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai dokumen yang sah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan