31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Nenek didakwa cuai sebabkan cucu maut kena strok haba

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG nenek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan cuai kerana meninggalkan cucu lelakinya berusia dua tahun enam bulan sehingga menyebabkan kematian mangsa bulan lepas.

Tertuduh, Nooriza Samsudin, 39,  yang merupakan seorang peniaga membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi.

Berdasarkan pertuduhan, sebagai penjaga kepada kanak-kanak lelaki itu, tertuduh didakwa cuai dengan meninggalkan mangsa di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhadapan Plaza Medan Idaman di Jalan Gombak.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 12.30 tengah hari sehingga pukul 2.30 petang pada 25 Feb lepas, yang menyebabkan kematian mangsa akibat strok haba.

Advertisements

Oleh yang demikian, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Triperjit Singh yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan sebanyak RM5,000

Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi kemudian membenarkan Nooriza diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan