25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Ban pecah: 7 sekeluarga dipindahkan di Tanjong Karang

Ini menyebabkan limpahan air sungai ke kawasan sekitar Tanjong Karang pada kedalaman 0.5 meter.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUJUH sekeluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan limpahan air akibat ban pecah di sekitar Tanjong Karang, Kuala Selangor, awal pagi tadi.

Difahamkan, kesemua mereka berusia empat hingga 70 tahun dipindahkan ke rumah jiran berhampiran.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.07 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal mendapati berlaku ban pecah di kawasan pekan Tanjong Karang.

“Ini menyebabkan limpahan air sungai ke kawasan sekitar Tanjong Karang pada kedalaman 0.5 meter.

Advertisements

“Bomba yang melakukan pemantauan kemudiannya mendapati air semakin naik sehingga paras satu meter di kawasan pasar Tanjong Karang kira-kira lebih sejam kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini

Ujar Norazam lagi, operasi pemindahan kemudiannya dilakukan bermula pukul 5.25 pagi melibatkan sebuah keluarga selepas rumah mereka dinaiki air.

“Ini melibatkan tujuh individu termasuk empat daripada adalah kanak-kanak ke rumah jiran berhampiran.

“Air menunjukkan tren penurunan kira-kira pukul 6.13 pagi dengan pemantauan masih dilakukan di kawasan sekitar,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan