25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Peserta perhimpunan Barang Naik bakal berdepan tindakan

Dianggarkan seramai 50 peserta berkumpul di luar masjid selepas menunaikan solat Jumaat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PESERTA perhimpunan Bantahan Kenaikan Harga Barang di luar Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini bakal berdepan tindakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung himpunan itu seperti yang termaktub di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurutnya, polis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Terdahulu, perhimpunan berkenaan berlangsung kira-kira 30 minit dan diawasi polis serta Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Dianggarkan seramai 50 peserta berkumpul di luar masjid selepas menunaikan solat Jumaat.

Advertisements

Kumpulan itu menuntut kerajaan menurunkan harga barang sekiranya tidak mahu mereka menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran pada 16 Julai ini.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya menuntut tiga perkara yang harus dilaksanakan kerajaan atau mereka akan menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran pada 16 Julai ini.

Selain Muhammad Faiz, antara yang hadir dan memberikan ucapan ialah Pengarah Komunikasi Amanah merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Hatta Ramli, yang juga Ahli Parlimen Lumut dan ADUN Templer merangkap Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan