26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Lagi kes buli, pelajar dipukul, dibaling meja

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Langkawi, Kedah dipercayai menjadi mangsa buli apabila dipukul beramai-ramai oleh hampir 10 pelajar lain dalam satu video yang tular pada pagi tadi.

Video berdurasi 25 saat itu dikongsikan oleh seorang individu bernama Amirr di Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat di Langkawi menerusi aplikasi Telegram.

Rakaman tular tersebut menunjukkan mangsa dipukul pelajar lain secara beramai-ramai selain turut dibaling meja ke atas kepalanya.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di sini berdasarkan pakaian sekolah yang dipakai pelajar dalam video berkenaan.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan berkenaan insiden tersebut.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes sedang dalam siasatan.

“Maklumat lanjut akan menyusul kemudian,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! Online hari ini.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan