26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Enam kenderaan dirempuh pemandu mabuk, seorang maut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu lori mabuk merempuh enam kenderaan di Kilometer 19 Lebuhraya Pasir Gudang, Johor semalam dan menyebabkan seorang maut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, pemandu lori berusia 37 tahun itu yang dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru.

Difahamkan, kenderaan berat yang dipandu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori jenis Scania dan lima kereta, termasuk Perodua Myvi, Perodua Axia, Perodua Alza, Proton Saga dan Proton Wira.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori itu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh kenderaan di laluan berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza iaitu lelaki berusia 21 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Advertisements

“Pemandu Perodua Waja, seorang lelaki berusia 46 tahun masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, polis menahan pemandu lori berkenaan untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis memandang serius kejadian berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan