31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam longgokan sampah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan menyayat hati di dalam sebuah tong sampah, berhampiran tempat letak kenderaan bertingkat Flat Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, mayat itu disedari pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika lelaki warga asing itu sedang memungut sampah, kira-kira pukul 5.50 petang semalam. 

“Dia (pekerja DBKL) mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat tersebut, dia ternampak mayat bayi perempuan yang masih mempunyai tali pusat di atas tong sampah tersebut dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada penyelianya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, mayat bayi malang itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat dilakukan pada hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang pengenalan diri ditinggalkan pada mayat itu.

Advertisements

“Polis masih menjalankan siasatan dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. 

Kita siasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan