25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

SPRM serah kepada polis kes pegawainya terlibat rompakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawai suruhanjaya ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan suruhanjaya itu memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk mengesan pegawai terbabit dan menyerahkannya kepada agensi penguat kuasa itu lewat petang semalam.

Menurutnya, SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah.

“Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan,” katanya hari ini.

Media semalam melaporkan dua individu termasuk seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Advertisements

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, tiga lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah agensi penguat kuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Sumber berkata, bertindak atas laporan polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan dua lelaki termasuk seorang pegawai penguat kuasa masing-masing berusia 30-an.

Katanya, polis sedang mengesan suspek yang masih bebas.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan